Sejarah

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS SK DESA TEMU JODOH


SK Desa Temu Jodoh terletak 55 KM dari Bandar Segamat. Kedudukan sekolah adalah di antara Jalan Segamat – Air Hitam dan 5 KM dari pekan Chaah menjadikan SK Desa Temu Jodoh sebagai sekolah terakhir bersempadan dengan daerah Batu Pahat.
            Kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Desa Temu Jodoh telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999. Pada awal penubuhannya, sekolah ini adalah di bawah pentadbiran Guru Besar, Puan Asnah binti Meon. Manakala guru yang telah menerajui kelas ini adalah Puan Azlinda binti Abdullah. Seramai 5 orang murid telah dipilih untuk mengikuti program integrasi ini. Semua murid yang telah dipilih itu adalah dalam kategori lembam (slow learner).
Pada tahun 2008, kelas integrasi pendidikan khas ini telah diterajui pula oleh Encik Zohaili bin Abu Bakar.  Sehingga kini, terdapat dua orang guru pendidikan khas, seorang guru tambahan Pendidikan Islam, dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Bilangan murid kelas integrasi pendidikan khas adalah seramai 11 orang murid yang tergolong dalam pelbagai kategori masalah pembelajaran.
TAHUN
PENYELARAS
1999 - 2008
Puan Azlinda Abdullah
2008 - kini
Encik Zohaili Abu Bakar